Kali ini pulak, saya nak kongsi tentang kasut-kasut yang
hebat. Mungkin tak ramai yang sanggup
berhabis berjuta-juta ringgit semata-mata hanya ingin memiliki sepasang kasut.
Jom cek!
1) Stuart Weitzman Rita Heyworth Heels ($3,000,000 /
RM9,464,906.35)
Kasut tumit tinggi berjaya menduduki carta teratas sekali.
Direka oleh Stuart Weitzman di mana anting-anting kepunyaan milik aktress
terkenal zaman 1940an (Rita Heyworth) menjadi sumber inspirasi beliau untuk
menghasilkan kasut tumit tinggi yang hebat ini. Disaluti dengan berlian, batu
nilam dan batu delima. Pada mulanya kasut ini direka untuk dipakai oleh
Kathleen York sempena Oscar 2006, tetapi sekarang sudah dimiliki oleh Puteri
Yasim Aga Khan yang merupakan 'mother inspired the shoe'.
2) Harry Winston’s Ruby Slippers ($3,000,000 /
RM9,464,906.35)
Sempena ulang tahun yang ke50 "Wizard of Oz' the House
of Harry Winston", kasut daripada batu delima ini dipersembahkan sebagai
tanda penghormatan pada tahun 1989. Direka oleh Ronald Winston, dilapisi dengan
4600 batu delima dan berlian 50 karat.
3) Ruby Slippers from the “Wizard of Oz”
($2,000,000-$3,000,000 / RM6,297,547.48-9,464,906.35)
Kasut yang menduduki carta ke3 pula merupakan versi asal
kasut "The Wizard of Oz". Versi asal ini dilihat dalam filem pada
tahun 1939. Dikenali sebagai "Icons of Hollywood" yang dijual kepada
umum atau dilelong pada tahun 2011.
4) Stuart Weitzman Tanzanite Heels ($2,000,000 /
RM6,297,547.48)
Direka oleh pakar pereka kasut, Stuart Weitzman. Kasut yang
sangat menarik ini ditathkan dengan 385 batu
permata. Tali kasut nya sahaja sudah terdiri daripada batu permata
Afrika (185 karat) yang lebih dikenali sebagai Tanzanite. Bagi menambahkan lagi
kilauan, berlian (28 karat) diletakkan pada bahagian depan kasut oleh pereka
berlian, Le Kian.
5) Stuart Weitzman Cinderella Slippers ($2,000,000 /
RM6,297,547.48)
Sekali lagi kasut ala Cinderella ini menduduki carta ke5
direka oleh Stuart Weiztman dan sudah semestinya bukan diperbuat daripada kaca.
Kasut yang bertemakan fantasi ini bertatahkan 565 berlian (55 karat).
No comments:
Post a Comment